Kau yang ku panggil teman..
Suatu masa dulu,
Kita adalah kawan,teman dan sahabat,
Kau Kawan dalam pelajaran,
Kau teman meluahkan perasaan,
Kau sahabat yang sentiasa di sisi,
Kaulah yang ku panggil teman.
Tapi sahabatku,
Benarkah apa yang kau kata?
Bahawa aku bukan sekadar teman bagimu,
Bahawa perasaanmu bukan setakat kawan,
Keliru aku.
Teman,
Berikan aku ruang dan masa,
Menilai erti perasaan ini,
Aku takut dirimu jua,
tersilap menafsir hatimu,
biarkan masa menentukan segalanya...
Ku yakin pada mu, teman.
Andai,
Tersurat di azali,
Kita bukan sekadar teman,
Terimalah aku seadanya,
sepertimana kau menerimaku,
sebagai sahabatmu...
13/11/2009 - Aku yang kau panggil teman.
No comments:
Post a Comment