Friday, November 26, 2010

saya ingin menjadi baik

salam.

just now, finished reading "versus" by hlovate. sejujurnya, sangat terkesan novel tersebut di hati saya. tak pernah novel yang membuatkan saya ingin berubah menjadi lebih baik, walau bukan yang terbaik. Baik dalam erti kata menjadi hamba Allah yang lebih taat. Sesungguhnya untuk berubah itu bukan senang. Perlu ada kekuatan dalaman yang sangat teguh. Tetap dan takkan berpaling walau apa godaan datang mengganggu. Saya sedar, saya bukanlah perempuan yang baik secara keseluruhannya. Sekadar menutup aurat dan menunaikan 5 rukun islam belum menjadikan saya manusia yang baik. Baik adalah apabila kita "beriman" kepada Allah Taala. dan adakah menunaikan rukun islam dan beriman dengan rukun iman menjadikan kita beriman dalam erti kata sebenar? TIDAK. Segalanya berbalik kepada HATI (niat). Sekolah Agama selama 5 tahun belum cukup menjadikan saya manusia dan hamba Allah yang baik. Dan sedih rasanya kerana saya mengambil masa yang sangat lama untuk sedar hakikat ini. Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk berubah manjadi lebih baik. Saat menulis entry ini ada suatu rasa yang sukar saya ungkapkan..Sebak, gembira, tenang, bercampur baur.
Tenang dan damai kerana saya tahu, Allah ada bersama saya. Dia masih sayangkan saya, kerana itu Dia berikan saya kesedaran ini. Perlahan-lahan, semoga saya mampu berubah. Kerana saya ingin berubah. Masih tidak terlambat rasanya.

Terima kasih, Allah. Alhamdulillah. i could not ask for more. this is more than enough.

5 comments:

ibn_quds said...

salam aimi, really like this entry. sememangnya kita ini semua dalam suatu perjalanan menuju Allah. bila saja kita akan tahu, mahu( sedar) dan seterusnya mampu, menjadi soal.. kita takkan ke mana kalau sekadar tahu. juga tak kemana jika sekadar tahu dan mahu tanpa mampu. dan mampu takkan ke mana kalau tidak ikhlas. dan sememamngnya kita tak ke mana2 lagi selagi kita tidak tahu. maka tahukah kita sebenarnya? hmm.. selalu menjadi persoalan buat aku. tu sebab kene sentiasa berdamping dgn ilmu,walaupun kadang2 liat je nak jinak2 diri. termasuk lah aku ni. aimi, sedikit pembetulan, menunaikan 5 rukun islam, beriman dengan 6 rukun iman.. salah taip barangkali. tapi lain maknanya. sori kalau berkecil hati pulak. =)

Sayurie said...

aku pon bru prasan bab rukun tu... tersilap. nti aku betulkan.

rodhiah_rahman said...

salam. that book does that for you, eh? yeah, it did for me too... :)
alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan untuk ke arah lebih baik.. sama-sama la kita usaha, insya Allah... :)

Melissa said...

I probably need to read this book too. :)

Sayurie said...

noor : a ah, xsangka kan? padahal novel cinta. tp mmg terasa la nak berubah tu...

Lissa : baca! pinjam ngan noor, hehe. xpon, sy ade jgk. then bgtau pndapat awk